Sentiasa berhati-hati dan berwaspada terhadap penipuan yang melibatkan pakej rangsangan dan langkah-langkah bantuan yang diumumkan oleh Bank Negara Malaysia dan industri kewangan semasa penularan wabak COVID-19

April 20, 2020

Kuala Lumpur, Isnin, 20 April 2020 – Industri kewangan ingin mengingatkan orang ramai dan ahli perniagaan, terutamanya Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS), mengenai sindiket penipuan yang menggunakan taktik penipuan dengan niat untuk memperdaya mangsa yang tidak menaruh syak wasangka. Penipuan ini boleh mengakibatkan kerugian dalam bentuk wang dan berisiko menjejaskan butiran maklumat perbankan mereka yang sensitif dan sulit.

Modus operandi terkini sindiket penipuan itu termasuk menyamar sebagai pegawai bank dan / atau wakil bank yang berurusan dengan mangsa yang tidak menaruh syak wasangka melalui e-mel, panggilan telefon, perkhidmatan pesanan ringkas (SMS) dan/atau platform pesanan sosial seperti WhatsApp atau perkhidmatan pembawa mesej dalam talian yang lain. Penipu ini menggunakan helah ingin memudahkan bantuan kewangan dan / atau membantu menyediakan permohonan pinjaman serta mendapatkan pembiayaan yang melibatkan pakej rangsangan dan langkah-langkah bantuan khas seperti Kemudahan Bantuan Khas (Special Relief Facility, SRF) yang diumumkan oleh Bank Negara Malaysia dan institusi-institusi kewangan.

Kami ingin menegaskan di sini bahawa institusi kewangan dan / atau bank-bank tidak melantik atau berurusan dengan pihak ketiga atau ejen untuk proses mendapatkan pinjaman. Oleh itu, individu dan ahli perniagaan dinasihati supayatidak membuat permohonan pinjaman dan/atau mendedahkan maklumat sensitif dan sulit kepada individu atau syarikat yang mengaku menjadi pihak ketiga yang dilantik atau ejen daripada institusi kewangan.

Orang ramai dan ahli perniagaan yang ingin mendapatkan pembiayaan juga dinasihati supayaberhubung secara langsung dengan bank atau institusi kewangan untuk membuat permohonan pinjaman bagi mengelakkan daripada ditipu oleh sindiket yang tidak bertanggungjawab ini.Sebagai alternatif, PKS juga boleh mendapatkan pilihan pembiayaan yang sah melalui platform dalam talian imSME.com.my. Platform ini akan memadankan keperluan pembiayaan pemohon dengan institusi kewangan yang paling sesuai dengan keperluannya.

Selain itu, orang ramai juga dinasihati supaya berwaspada terhadap panggilan atau pesananyang kononnya daripada pegawai bank, pihak polis, jabatan cukai pendapatan, mahkamah atau agensi Kerajaan lain yang meminta maklumat perbankan peribadi anda. Bank-bank dan/atau institusi kewangan tidak sama sekali akan meminta maklumat perbankan peribadi seperti Kod Pengesahan Transaksi (Transaction Authorisation Code,TAC)atau Nombor Pengenalan Peribadi (Personal Identification Number,PIN) atau nama pengguna dalam talian (online username) dan kata laluan.

Ahli perniagaan dan orang ramai diingatkan supaya merujuk laman sesawang rasmi institusi kewangan dan / atau bank atau menghubungi perkhidmatan pelanggan mereka secara langsung untuk memperoleh maklumat, melakukan pengesahan dan mendapatkan penjelasan. Untuk maklumat lanjut, andajuga boleh menghubungi BNMTELELINKdi talian 1-300-5465.

Orang ramai juga boleh menghubungi Persatuan di bawah ini untuk sebarang pertanyaan atau maklumat berhubung dengan penipuan SRF melalui nombor telefon yang tertera.

  • ABM melalui ABMConnect di talian 1300-88-9980 atau melalui eABMConnect di www.abm.org.my untuk bank perdagangan konvensional.
  • AIBIM di talian 03-2026 8002/13 atau e-mel kepada staff@aibim.com untuk perkhidmatan perbankan Islam.
  • ADFIM di talian 03-2694 9871 atau e-mel kepada adfim@adfim.com.my untuk institusi kewangan pembangunan.
ABMConnect | Toll-free on 1300-88-9980

ABMConnect provides an avenue for consumers to clarify any doubts and verify information on conventional banking issues.