ABM: Maklumbalas Artikel “Taktik kenakan caj tahunan kad kredit” yang diterbitkan di dalam Utusan Malaysia, Rencana, kolum Forum pada 20 April 2018

April 25, 2018
Kami merujuk kepada artikel bertajuk “Taktik kenakan caj tahunan kad kredit” yang ditulis oleh ‘Duit Plastik’ dan diterbitkan di dalam Rencana, kolum Forum, akhbar Utusan Malaysia bertarikh 20 April 2018. Kami ingin memohon ‘Duit Plastik’ untuk menghubungi Persatuan Bank-Bank Dalam Malaysia (ABM) dengan maklumat-maklumat berkaitan dengan kejadian tersebut, seperti di bawah, agar kami dapat menyiasat perkara ini dengan lebih terperinci:-

  1. Bank pengeluar kad kredit;
  2. Butiran kejadian; dan
  3. Satu salinan penyata kad kredit yang menunjukkan caj tahunan dikenakan.
Di bawah Piagam Perkhidmatan Pelanggan industri perbankan komersil (yang telah disemak semula pada 30 Ogos 2017-https://www.abm.org.my/index.cfm?sc=customer_service_charter), bank-bank akan berusaha untuk memberikan akses kepada maklumat-maklumat yang berkaitan dengan produk-produk dan perkhidmatan, serta pelanggan-pelanggan akan dilayan oleh kakitangan bank yang cekap dan berpengetahuan. Dengan ini, sekiranya orang awam telah diberi maklumat yang mengelirukan atau tidak mencukupi mengenai produk-produk yang ditawarkan oleh institusi perbankan atau agen-agen mereka, orang awam bolehlah melaporkan perkara tersebut kepada pihak ABM.

Kami juga ingin memberi peringatan kepada orang awam agar memahami sepenuhnya terma-terma dan syarat-syarat yang tertera pada perjanjian kad kredit, terutama sekali berkenaan dengan yuran dan caj yang dikenakan, sebelum memohon dan/atau menerima sesuatu kad kredit.
ABMConnect | Toll-free on 1300-88-9980

ABMConnect provides an avenue for consumers to clarify any doubts and verify information on conventional banking issues.