Bank Negara Malaysia (BNM) telah menganjurkan Pameran BNM di Parlimen Malaysia bersempena dengan Takwim Penggal Kelima, Parlimen Kelima Belas 2026, selama 4 hari pada minggu pertama bulan Julai 2026.
Sebagai penganjur utama, BNM menyediakan ruang besar bagi rakan-rakan kerjasama BNM yang berkepentingan untuk turut serta memeriahkan Booth BNM yang telah disediakan. Rakan-rakan ini merangkumi industri perbankan, perkhidmatan kewangan dan pasaran modal serta pembiayaan perniagaan dan skim jaminan kredit
Persatuan Bank-Bank Dalam Malaysia (ABM) bersama-sama dengan Financial Markets Ombudsman Service (FMOS), Agensi Kaunseling dan Pengurusan Kredit (AKPK), Association of Islamic Banking and Financial Institutions Malaysia (AIBIM), serta Credit Guarantee Corporation Malaysia Berhad (CGC) amat teruja dengan jemputan untuk memeriahkan booth BNM di Parlimen Malaysia.
Booth yang didirikan di perkarangan lobi utama Parlimen Malaysia ini telah mendapat sambutan yang sangat menggalakkan, menerima kunjungan daripada YAB PM, YAB TPM dan ramai Ahli Parlimen yang singgah bagi mendapatkan maklumat dan informasi yang berguna.
Yang paling utama, ABM bersama-sama dengan FMOS, AKPK, AIBIM dan CGC telah berjaya berkongsi maklumat dengan wakil rakyat tentang sokongan yang diberikan kepada Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) seperti inisiatif dan khidmat nasihat berkaitan pembiayaan PKS, skim jaminan kredit, pengurusan kewangan, perlindungan pengguna kewangan serta kesedaran mengenai penipuan kewangan (scam).
ABM ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada semua Ahli Parlimen dan orang awam yang hadir memeriahkan booth BNM sepanjang empat hari yang penuh dengan pengisian ilmu ini. Sokongan padu anda amatlah kami hargai.
Komitmen ABM bersama pihak industri akan terus diperkasakan demi memastikan masyarakat sentiasa dilengkapi dengan ilmu kewangan yang bijak, selamat, dan bebas daripada ancaman scam.
#ABM
#ParlimenMalaysia
#LiterasiKewangan
#SokonganPKS
#BijakKewangan
#SediaBantu