MBPP, Maybank jalin kerjasama bantu peniaga kecil - Utusan Malaysia

MBPP, Maybank jalin kerjasama bantu peniaga kecil

MBPP mengorak langkah membantu peniaga-peniaga kecil dengan menjalin usahasama antara Jom Beli Online Majlis Bandaraya Pulau Pinang (JBO@MBPP) dan Sama-sama Lokal Maybank Berhad hari ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

GEORGETOWN: Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP) mengorak langkah membantu peniaga-peniaga kecil menerusi inisiatif Jom Beli Online Majlis Bandaraya Pulau Pinang (JBO@MBPP) dengan kerjasama Sama-sama Lokal Maybank Berhad.

Menurut kenyataan MBPP, Sama-sama Lokal Maybank Berhad merupakan kerjasama e-dagang terbaharu bersama JBO@MBPP untuk merealisasikan visi Bandar Pintar, Boleh Diami dan Gembira  (ILHam) di bawah teras strategik Ekonomi Pintar (Smart Economy).

“Inisiatif ini juga selaras dengan Pelan Transformasi Digital MBPP ke arah Digitalization of Everything untuk bahagian pulau. MBPP yakin peniaga-peniaga kecil di bawah MBPP yang memilih menyertai JBO@MBPP dapat bermanfaat melalui kerjasama ini dengan memperluaskan pangkalan pelanggan  mereka,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Kenyataan itu memaklumkan, Maybank mempunyai ekosistem e-dagang yang matang yang mana platform Sama- sama Lokal mempunyai 12 juta pengguna di Semenanjung.

Selain itu katanya, Maybank tidak mengenakan caj tersembunyi kepada para peniaga dan pembeli yang mana peniaga tidak dikenakan sebarang caj.

“Orang awam pula hanya perlu membayar kadar yang dikenakan di gerai atau kedai kegemaran mereka. Pada masa sama, orang awam yang membuat pembelian secara atas talian melalui program Sama-sama Lokal di JBO@MBPP dapat menikmati penghantaran percuma bagi radius 10 kilometer,” katanya.

Tambahnya, dengan pelancaran kolaborasi antara JBO@MBPP dan Sama-sama Lokal pada hari ini, MBPP menjemput semua peniaga untuk berdaftar di platform JBO@MBPP serta menyertai program Sama-sama Lokal untuk mempromosikan perniagaan mereka.

“Sekiranya terdapat para peniaga yang memerlukan bantuan atau nasihat mengenai inisiatif JBO@MBPP, anda dialu-alukan untuk menghubungi Jabatan Pelesenan MBPP di talian 04- 263 8818 (waktu pejabat sahaja) atau e-mel ke [email protected],” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya