Press Releases

The Association of Banks In Malaysia

Pembetulan kepada artikel "Bayaran proses cek 1 April" yang diterbitkan di dalam Utusan Malaysia

Pengarang
Utusan Malaysia

Saudara Pengarang,

Terima kasih kerana memaparkan artikel bertajuk "Bayaran proses cek 1 April” di dalam suratkhabar terbitan Utusan Malaysia pada hari Jumaat, 24 Januari 2014.

Namun begitu, kami ingin memaklumkan bahawa terdapat kesilapan di dalam artikel tersebut seperti berikut:
  1. Perenggan pertama artikel menyatakan bahawa “…akan mengenakan bayaran pemprosesan cek sebanyak 50 sen ke atas pengeluar cek atau yang menunaikan cek berkuat kuasa 1 April, 2014”. Sebenarnya, bayaran pemprosesan cek hanya akan dikenakan ke atas pengeluar cek (iaitu “issuer or drawer”) dan bukannya ke atas pelanggan yang menunaikan cek.
  2. Perenggan kedua artikel pula menyatakan bahawa “Justeru, pengeluar atau yang menunaikan cek diingatkan supaya memastikan wang dalam akaun mereka mencukupi bagi menampung bayaran pemprosesan cek…”. Sepertimana yang dijelaskan di atas, hanya pengeluar cek yang akan dikenakan bayaran tersebut dan perlu memastikan bahawa akaun mereka mempunyai wang yang mencukupi untuk menampung bayaran pemprosesan cek.
Kerjasama dan perhatian Saudara Pengarang dalam memperbetulkan kenyataan-kenyataan tersebut dengan serta-merta adalah amat dihargai.

Sekian, terima kasih.
Yang benar,
PERSATUAN BANK-BANK DALAM MALAYSIA (ABM)
Chuah Mei Lin
Pengarah Eksekutif



ABM Connect | Toll-free on 1300-88-9980

ABMConnect provides an avenue for consumers to clarify any doubts and verify information on conventional banking issues.

Copyright © 2021 The Association Of Banks In Malaysia.
Press enter to search
Press enter to search

Buckle

The Association of Banks in Malaysia (ABM) was formed in November 1973. Our membership is currently made up of the 26 commercial banks operating in Malaysia.

Since its inception, ABM has been actively involved in various initiatives to promote and strengthen the commercial banking industry to become more resilient, effective and efficient.

Tel No. : +603-2202 7223
ABMConnect : 1300-88-9980

Location Map




View larger map