Alliance Bank Malaysia Berhad’s Post

Ramadan kali ini, kami di Alliance Bank telah berganding bahu dengan Pertubuhan Wanita Berdaya (atau Women of Will) untuk menyumbang 430 bungkusan juadah berbuka puasa kepada tujuh rumah kebajikan di sekitar Lembah Klang: • Pertubuhan Kebajikan dan Perlindungan Al Haq Malaysia; • Rumah Hope; • Pertubuhan Kebajikan Anak Yatim dan Asnaf Baitun Nurrawdhah; • Rumah Bakti Nur Syaheera; • Pusat Jagaan Kanak-Kanak Ekliptik Klang; • Rumah Amal Kasih Bestari, dan • Pertubuhan Kebajikan Lindungan Ikhlas. Menurut En. Rizal IL-Ehzan Fadil Azim, Ketua Pegawai Eksekutif Alliance Islamic Bank, “Kami sedar peri pentingnya tanggungjawab kami sebagai badan korporat dalam memupuk kerjasama antara pelbagai pihak untuk menangani isu-isu semasa masyarakat. Program Ramadan ini membolehkan kami bergabung tenaga dengan badan-badan yang bermatlamat murni, seperti Women of Will (WOW), untuk menyumbang sajian berbuka puasa bagi anak-anak yatim dan kanak-kanak dari keluarga miskin. Selain itu, kami juga berpeluang membantu wanita-wanita di bawah seliaan WOW untuk menjana pendapatan melalui penjualan hidangan yang kita agihkan di sepanjang usaha ini.” WOW bertujuan untuk membantu ibu tunggal dan para wanita yang bersendirian menggalas tanggungjawab menyara keluarga. Mereka diberi latihan dan dilengkapi dengan kemahiran dan pengetahuan untuk memastikan mereka mampu berdikari dan membina perniagaan bagi menjamin keberdayaan diri di masa hadapan. Untuk mengetahui lebih lanjut berkenaan Women of Will dan usaha-usaha masyarakat yang dianjurkan mereka, sila rujuk pautan berikut: www.womenofwill.org.my #Ramadan2022 #EidMubarak #IbadahPuasa #WomenOfWill

  • No alternative text description for this image
  • No alternative text description for this image
  • No alternative text description for this image

To view or add a comment, sign in

Explore topics